Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday 14 April 2014

Rich Dad Poor Dad : Buku Pertama Yang 'Hot'

Salam Kawan..

Bulan lepas aku sempat mentelaah sebuah Buku Rich Dad Poor Dad Tulisan Robert Kiyosaki. Mesti ramai dah baca buku nih, sebabnya buku ni dah published tahun 2000, lepas 14 tahun buku ni published baru aku nak baca, memang ketinggalan sungguh. Tapi takpa kan, omputeh kata "better late than  never!". Dah jutaan naskah telah terjual dan masuk dalam NY bestseller.

Seminggu jugak nak settle baca menda alah nih. bukan sebab malas tapi banyak faktor luaran yang memberi kesan sampingan dalam pembacaan heheh. Banyak input yang aku dapat, dan yang penting KESEDARAN. Ya, kesedaran untuk gerak lebih jauh dalam meningkatkan kualiti hidup. Buku ini bukan saja tentang kewangan, tapi tentang kehidupan jugak.

Buku ini merupakan buku pertama tentang financial yang aku berjaya habiskan pembacaannya. Ianya sangat mengujakan kawan. InshaAllah dengan Buku yang pertama ni akan meningkatkan kesedaran  untuk meneruskan pembacaan lain yang akan aku ceritakan dalam tulisan yang akan datang. Harapnya dapatlah meningkatkan deria aku untuk menghidu banyak peluang dekat luar sana.

Baiklah, kat bawah ni merupakan points yang boleh didapati dalam buku En Robert :

• Korang tidak perlu mempunyai pendapatan aktif yang tinggi untuk menjadi kaya.
• Rumah adalah aset sekiranya kena caranya dan akan jadi liabiliti sekiranya tak kena cara.
• Tidak hanya bergantung kepada sistem persekolahan untuk mendidik anak kita berkenaan wang
• Defini jelas tentang aset dan liabiliti
• Bagaimana orang kaya membayar cukai dengan menggunakan syarikat. Belanja dulu baru bayar cukai. Orang makan gaji bayar cukai dulu, baru belanja.

Ok Kawan, sampai sini dulu, post pertama tak boleh nak galak sangat tulih panjang, tulis ala-ala newbie ( dah mmg newbie pon haha).


 "The poor and middle class work har for their MONEY,
While the rich have their MONEY work hard for them ." - Robert T. Kiyosaki

Wassalam.