Monday 14 April 2014

Lelong : Cinta Pandang Pertama

Assalammualaikum..

Bertindak ..Bertindak..Bertindak..Mari Ulangan mantera ini kawan..Bertindak Bertindak Bertindak. Sila Ulang sebanyak 44 kali mantera ini , maka anda akan dapati yang mantera ini akan menjadi sangat berguna kepada anda..

Dalam banyak-banyak buku yang telah aku baca, mantera inilah yang kerap diulangi oleh Robert Kiyosaki, Azizi Ali. Mereka ini adalah otai-otai hartanah yang telah berjaya memiliki puluhan, ratusan rumah yang dengan portfolio yang bernilai jutaan ringgit. Kerana apa? kerana mereka BERTINDAK.

Bila mentera ini dah meresap kedalam sanubari aku, tak semena-mena aku telah bertindak untuk masuk line lelong. Hasilnya aku telah memiliki sebuah rumah cukup cun dan yang penting di bawah MARKET VALUE( MV). Ya harga rumah di bawah MV. 50 % di bawah MV!! Bagi Newbie seperti aku 50% di bawah MV memang sesuatu yang sangat indah, dan kadang-kadang macam tak masuk akal haha. Cakap otai-otai, Keuntungan dalam hartanah adalah semasa membeli. Jadi aku terpaksa bersetuju dengan kenyataan ini kerana ianya memang theori yang tidak dapat disangkal! Memang mengujakan bila memiliki sebuah rumah pertama di bawah mv. Adakah anda bersetuju?.aku rasa nanti nak masukkan dalam real case study bila dapat jual unit ni kepada buyer yang berminat.

                               Inilah Cinta Pandang Pertama aku , terus melamar...

Di manakah hartanah berkenaan, macam mana aku memilikinya, dan apakah halangan yang terpaksa aku lalui?? Akan aku stori dalam pos yang akan datang .. Sekian dulu untuk arini..newbie mengundur diri dulu

Wassalam..

No comments:

Post a Comment