Wednesday 16 April 2014

Lelong: called off

Minggu lepas aku dapat info daripada Cimb Mega Auction yang ada sebiji apartment nak lelong pada harga reserve 160k di Bukit Gambir, Penang. Satu harga yang bukan dalam target price aku. Oleh kerana aku tertarik dengan unit ni, aku terus mengkaji sedalam-dalamnya dan seterusnya membuat keputusan untuk daftar nama dengan sale agent CIMB, nama dia Mandy. Mandy ni sangat baik dan komited orangnya (mungkin orang sale diajar untuk menghormati client, tapi kekadang ada juga yang kurang sopan, at last ia bergantung kepada seseorang tu jugak , heheh).

Ok lupakan tentang Mandy Si Baik Hati itu, yang aku nak cite tadi senanye kenapa aku nak sangat unit ni sedangkan diluar aku punya target value untuk sesebuah hartanah?? Target aku below 100k ja, sebab aku newbie. Ok unit ni Freehold, ya Freehold + non bumi lot (memang ini yang aku idamkan). Mana nak dapat apartment freehold senang-senang ja  kat tengah Pulau!!  Unit ni berada di tengah-tengah antara Airport dan Bandar Georgetown  yang jaraknya agak dekat, lebih kurang 10-15 min perjalanan.Dan  yang besnya kedudukan unit ini berada cuma  sekangkang kera dengan USM (sekangkang kera kawan, bukan sekangkang gajah, kuda atau rimau), jalan kaki pon boley sampai. So melihat kepada prospek ni aku mungkin boley sewakan kepada students ataupon tenaga pengajar yang cun ( dalam /luar Negara) , memang nampaknya cukup mengujakan kawan.

Tak cukup dengan itu, aku boley juga sewa kat pramugari-pramugari yang cantik kat area tu sebab dengan airport Bayan Lepas. Membuatkan aku semangat untuk pergi kutip sewa walaupun terpaksa merentasi Jambatan Pulau Pinang yang panjang tu heheh. Tambah pula mesti rumah aku kurang terusik sebabnya awek-awek yang suka ‘fly high’ ni lebih banyak habiskan masa di dalam Kapal Terbang…dah cun sangat dah tu!!

Dari segi sewa boley pergi RM900-1200 bergantung kepada unit tu. Makin menarik unit tu makin tinggi lah harganya(unit ni tingkat 10 dan menghadap KOLAM RENANG, plus menghadap ke timur, tak panas beb matahari kan jatuh barat, plus ada bukit dan blok lain yang melindungi dari kepanasan Cik Mentari)..kalau boleh dapat unit tuh boley la dapat cash flow dalam rm200-500 bergantung kepada harga yang aku menang.  Yang Paling penting skali MV rumah ni Antara rm 290k -340k!!! bergantung kepada unit tu (renovate /full furnish).  Nampaknya kalau dapat rumah ni pada harga RP iaitu 160K!!!mmg sesuatu yang sangat mengujakan kawan. Margin dalam rm 130k-180K!!boleh dapat buta-buta!!wowowow..memang mantap tu kalau aku jual, haha. Nampaknya sekali lagi tidak dapat ku sangkal teori yang Keuntungan dalam hartanah adalah semasa membeli!! Tak tidur lena aku dibuatnya….

Bukit Gambir Apartment , Memang cun melecun.

Dah semua measure aku ambil, semak POS, cek rumah, buat title search, semak dengan Pejabat Perumahan(nak pastikan tiada restriction), semak mantainance fee yang tertunggak, bil bil dan seangkatan dengannya. Yang aku dapati semuanya cun cun belaka. Tiada kaveat, tiada restriction, tiada tunggakan bil yang JUTA-JUTA, haha. Bak kata perpatah memang cun lah!

Namun langit tidak selalunya cerah kawan, pada satu hari yang GELAP, aku terima wassup dari Mandy yang unit tuh dah withdraw/ called off!!!! Macam hampeh. Tapi takpa kan bukan rezeki, aku redha, bak kata otai, ada jutaan rumah lagi kat luar sana. Dan yang penting aku dapat belajar banyak perkara yang untuk mematangkan aku. Dari pada kerenah semak DSR dengan CCRIS sampai kepada kebolehan aku merobek saki baki wang untuk dibuat bank draf (5%) dan d/p. memang mecabar tetapi MENARIK!

Sampai sini dulu..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment