Tuesday 29 April 2014

Bank Yang Terbaik Untuk Pembiayaan Perumahan?

Salam & Hi..

Soalan ni mesti akan menerjah di fikiran setiap orang yang ingin membuat pembiayaan perumahan. Bank manakah yang terbaik untuk pembiayaan perumahan? Bagi aku soalan ni perlu dijawab berdasarkan tujuan anda membeli rumah. adakah anda membeli rumah unduk diduduki ataupun untuk dijual semula sela tempoh yang singkat.

Kalau rumah yang anda beli adalah untuk anda tinggal maka, perkara utama yang perlu dilihat adalah kadar faedah (% setahun) yang dikenakan oleh sesebuah bank. contohnya Maybank mengenakan kadar faedah 4.15% (Blr-2.45) setahun bagi pinjaman sebanyak 250k yang dibuat selama 30 tahun. Blr yang BNM tetapkan skang ni adalah 6.6%. Kadar faedah mungkin berbeza berdasarkan nilai & tempoh pinjaman.

Kalau rumah yang anda beli adalah bertujuan untuk flipping ( beli dan jual semula) dalam tempoh 1 atau 2 tahun, maka ada 2 perkara utama yang perlu anda lihat iaitu kadar faedah dan lock-in period. Orang yang suka buat flip akan ambil pembiayaan perumahan yang tiada lock-in period untuk mengelak daripada bayar early settlement penalty.  Ada bank yang tidak mengenakan lock-in period , ada bank yang menetapkan 3 tahun lock-in period dan ada bank yang menetapkan 5 tahun lock-in period. Untuk semak kadar faedah pembiayaan dan lock-in period boleh ke link imoney

Jadi, apakah tujuan pembiayaan perumahan anda? tepuk dada tanya selera.

Wassalam..


Wednesday 23 April 2014

Rumahku ‘Berpenghuni’

Salam wbt & hi .. 

Ya, dengar tajuk je pon dah mencemaskan. Tapi inilah hakikat yang aku terpaksa telan sekarang ni.  Rumah yang aku duduk ni ada ‘penghuni’ yang tidak diundang. Aku telah menceritakan perihal ini kepada ustaz di qariah ini dan beliau tidak menafikan perkara itu, yang mana di lorong rumahku dan di dalam rumahku ada penunggu, “Nenek Kebayan “ dari keturunan Jin. Kata Ustaz dia banyak mundar-mandir di lorong rumahku.

Ketika aku menulis entri ini aku baru selesai membaca surah Yasin dan baru selesai meminta ‘penghuni ‘itu keluar secara baik sepertimana yang diajarkan oleh ustaz. Sebenarnya mengikut perjanjiaan 'nya' dengan ustaz 2 tahun yang lepas 'dia ' tidak akan mengganggu /masuk ke dalam tubuh Anak Adam lagi. “Tapi Ustaz , kenapa anak bini saya kena ganggu juga” aku mencelah semasa Ustaz bercakap. Ustaz membalas yang ‘dia’ hanya mencuit-cuit sahaja anak bini aku. Wah cuit-cuit pon dah rasa macam berat untuk dipikul..

Mengimbau kembali kisah-kisah yang berlaku :

Kisah Pertama : Anak pertama aku, Aisy Haidar tidak boleh tidur malam, hampir setiap malam dia akan cakap “Abah..kit…kut”  bermaksud, sakit dan takut. Ya dia mengeluarkan kata-kata berkenaan sambil memegang kaki kirinya dan menunjuk ke atas siling rumah di dalam bilik. Sela selepas itu dia akan menangis sepanjang malam sehingga subuh..memang sangat-sangat menguji kesabaran sehingga otak aku menjadi mereng di tempat kerja kerana tidak cukup tidur.

Kisah kedua : Isteri aku bangun tidur sebelah pagi dan didapati ada kesan lebam sepeti bekas gigitan disekeliling betis kaki kirinya. Semenjak itu, kaki kirinya terasa lenguh setiap malam sehingga ke paras pinggang.

Kisah ketiga : Pada suatu petang , tepat jam 5 petang  hari khamis. Sedang isteri aku membuat kerja didapur, dia terdengar kelibat aku bermain dengan anak kedua aku Irfan Hafiy, sedangkan pada ketika itu aku masih ditempat kerja. Aku nampak isteri aku terpinga-pinga waktu aku balik kerja jam 5.40 petang. Siang pon boleh kacau tu..

Ada lagi beberapa kisah yang tidak dapat aku ceritakan. Apapun aku sedang berusaha dan akan berusaha sehingga rumah ini ’bersih’ daripada gangguan . Kerana apa? Sebab aku dah sign perjanjian jual beli dengan buyer yang berminat untuk membeli rumah ini. Aku tak nak nanti client aku rasa teraniaya kerana mendapat rumah ‘berpenghuni’ ni. InshaAllah bila kita permudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.

Sekian..Wassalam.

Tuesday 22 April 2014

Beli rumah lelong guna pinjaman kerajaan?

Salam wbt & hi..

Ada beberapa orang kawan & rakan sekerja ada tanya aku, boleh ka nak beli rumah lelong menggunakan PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN ? Oleh sebab ramai kawan bertanya dan banyak orang nak buat pinjaman kerajaan, dan sebab aku juga makan gaji dengan kerajaan, maka aku terpanggil untuk memberi sedikit pencerahan. Pinjaman kerajaan ini pon menarik sebab flat rate ineterest @ 4% .

Ok back to the question, Jawapannya TIDAK BOLEH sekiranya rumah berkenaan adalah dilelong secara awam melalui Mahkamah /Pejabat Tanah. 

Akan tetapi BOLEH sekiranya rumah lelong berkenaan adalah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Sebagai contoh, Katakan Ahmad telah membuat pinjaman dengan kerajaan untuk membeli rumah , dan dia gagal untuk membayar installment bulanan dan rumah tersebut akan dilelong oleh kerajaan. Maka rumah lelong ini boleh dibeli meggunakan pinjaman kerajaan. 
Harapnya penerangan ringkas ini dapat membantu. Penjelasan di atas adalah berdasarkan rujukan dengan Pejabat Pinjaman Perumahan dan melalui pembacaan. Sekiranya masih musykil, anda bolehlah merujuk kepada pihak yang berkaitan untuk mendapatkan kepastian..

Wassalam.