Thursday 17 April 2014

Part 1 : Matlamat Perlaburan Hartanah?

Assalammualaikum wbt & Hi,

Tengok tajuk saja dah macam membosankan. Tapi ketahuilah kawan yang perlaburan hartanah memerlukan Matlamat. Ya Matlamat…tak kiralah perlaburan apa pun,perlaburan emas, IPO, ASB, Unit Trust & etc hatta perlaburan saham akhirat pon perlu kepada perkara ini.. Bagi para pelabur hartanah otai, aku pasti yang mereka sudah mempunyai matlamat TERSENDIRI. Aku besarkan perkataan tersendiri tuh untuk menunjukkan peri pentingnya matlamat berasaskan kepada target kita sendiri yang datang dari hati.Bukan main ikut-ikut punya..hehe..


MATLAMAT JANGKA PENDEK aku,  matlamat utama aku adalah untuk melangsaikan hutang jahat (Bad Debt) dalam tempoh satu tahun, Hutang jahat yang aku maksudkan kat sini iaitu hutang yang tidak memberi apa-apa income. Contohnya dalam kes aku adalah personal loan dan  car loan masing-masing tempoh hutangnya 20 tahun dan 10 tahun. Mak ai, lamanya hang pinjam zul..Rambut beruban janggut dah putih pon belum tentu habis bayar lagi !! huhu. Bagi aku tujuannya melangsaikan bad debt ni  tak lain dan tak bukan adalah untuk mengurangkan komitmen pinjaman aku di mata pihak bank, kenapa??Ya untuk memudahkan aku untuk membuat hutang baik (Good Debt), tak lain dan tak bukan hutang baik ini adalah untuk perlaburan hartanah bagi memenuhi matlamat jangka panjang aku (tunggu entri part 2)...hehe..

"Tapi bolehkah selesaikan semua hutang ni dalam tempoh 1 tahun abang?" Getus bini aku…ha kat sinilah perlunya TINDAKAN. Apa tindakannya ?? Tindakan aku adalah dengan beli rumah lelong dan flip! makna kata aku beli rumah melalui lelong di bawah harga pasaran dan jualkannya pada harga pasaran... Hmm, guess what? Sekarang ni matlamat jangka pendek aku dah hampir tercapai, inshaAllah hujung tahun ni semua Bad Debt aku akan langsai! Aku dah berjaya beli unit rumah Semi-D dan sekarang dalam proses jualan, dah tandatangan SAP dengan pembeli, pembeli setuju membeli rumah pada harga pasaran!Hmm masa beli rumah unit tu dulu, aku dapat 50% di bawah harga pasaran seperti yang aku pernah cerita dalam entri ini .. Amacam, menarik tak kawan, daripada 20 + 10 tahun boleh bypass jadi 1 tahun. Siapa sangka hutang 20 + 10 tahun boleh selesai dalam tempoh  1 tahun. Dalam perlaburan hartanah, impossible is nothing..hehe.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment