Friday 18 April 2014

Part 2 : Matlamat Perlaburan Hartanah?

Asslammualaikum wbt & hi..

Sambungan dari Part 1..

MATLAMAT JANGKA PANJANG?Bagi aku matlamat jangka panjang lebih penting kerana ia dapat memberi kata pembayang untuk matlamat jangka pendek.."Apa matlamat longterm hang tu Jul?" Soal kawan aku. Ya aku aim untuk memiliki 10 buah rumah  pada usia 35 tahun. Wowow! Nampaknya agak sukar tapi bila dah ada matlamat, inshaAllah, sebarang kesukaran akan aku cuba sedaya upaya untuk atasi . Cabaran sudah pasti ada, so aku kena belajar cara menyahut cabaran la hehe. Untuk serius melabur, kita perlu sekurang-kurangnya memiliki 5 buah rumah.

Lepas  dah set matlamat, nak kena set pulak kenapa aku nak capai matlamat tu . "Kenapa bang?" Soal bini aku lagi. Jawapan aku simple saja, iaitu untuk memperoleh pendapatan pasif melalui sewa rumah melebihi pendapatan aktif (makan gaji) dan seterusnya sudah pasti untuk mencapai tahap money freedom. Jadi dari situ aku dah boleh kira brapa +ve cash flow yang diperlukan untuk pendapatan sewa sebuah rumah, kemudian didarabkan dengan 10 buah rumah. Nilai hasil darab tu mestilah lebih tinggi daripada pendapatan aktif aku pada waktu tu.

Lepas tu mesti diterjemahkan ke dalam bentuk TINDAKAN, ya tindakan yang menjurus kearah keperluan matlamat tadi. Untuk mencapainya, aku mesti mendapatkan sekurang-kurangya 2 buah rumah dalam tempoh 1 tahun. Fuh!! tinggi cita-cita tu, nampak too ambitious.... but still logic isn't it. Tak mustahil boleh dilakukan sebab macam aku katakan dalam part 1 impossible is nothing dalam perlaburan hartanah, hehe.. Jadinya aku memerlukan strategi yang berkesan! Ya pastinya banyak halangan, dan halangan itu dapat ditembusi dengan strategi yang baik , cewahh!! dah macam motivator pulak..nyampah..hehe..macam mana nak buat strategi?? mestilah berdasarkan halangan-halangan yang mungkin akan timbul. Aku perlu senaraikan semuanya. Contohnya :
  • Strategi mendapatkan lokasi rumah yang baik dan HOT!
  • Strategi nak tingkatkan pendapatan pada mata pihak bank untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dengan mudah
  • Strategi untuk dapatkan MOF* 90% daripada bank untuk rumah ketiga dan seterusnya..
  • Strategi mendapatkan penyewa dari syurga
  • Strategi uruskan penyewa dari neraka? 
  • Dan banyak lagi...nampaknya aku perlu pergi seminar atau talk yang dianjurkan oleh otai ni..

Oklah sampai sini dulu coretan..

Wassalam

* MOF : Margin Of Finance (Peratusan pinjaman yang diluluskan oleh pihak Bank)

No comments:

Post a Comment