Wednesday 23 April 2014

Rumahku ‘Berpenghuni’

Salam wbt & hi .. 

Ya, dengar tajuk je pon dah mencemaskan. Tapi inilah hakikat yang aku terpaksa telan sekarang ni.  Rumah yang aku duduk ni ada ‘penghuni’ yang tidak diundang. Aku telah menceritakan perihal ini kepada ustaz di qariah ini dan beliau tidak menafikan perkara itu, yang mana di lorong rumahku dan di dalam rumahku ada penunggu, “Nenek Kebayan “ dari keturunan Jin. Kata Ustaz dia banyak mundar-mandir di lorong rumahku.

Ketika aku menulis entri ini aku baru selesai membaca surah Yasin dan baru selesai meminta ‘penghuni ‘itu keluar secara baik sepertimana yang diajarkan oleh ustaz. Sebenarnya mengikut perjanjiaan 'nya' dengan ustaz 2 tahun yang lepas 'dia ' tidak akan mengganggu /masuk ke dalam tubuh Anak Adam lagi. “Tapi Ustaz , kenapa anak bini saya kena ganggu juga” aku mencelah semasa Ustaz bercakap. Ustaz membalas yang ‘dia’ hanya mencuit-cuit sahaja anak bini aku. Wah cuit-cuit pon dah rasa macam berat untuk dipikul..

Mengimbau kembali kisah-kisah yang berlaku :

Kisah Pertama : Anak pertama aku, Aisy Haidar tidak boleh tidur malam, hampir setiap malam dia akan cakap “Abah..kit…kut”  bermaksud, sakit dan takut. Ya dia mengeluarkan kata-kata berkenaan sambil memegang kaki kirinya dan menunjuk ke atas siling rumah di dalam bilik. Sela selepas itu dia akan menangis sepanjang malam sehingga subuh..memang sangat-sangat menguji kesabaran sehingga otak aku menjadi mereng di tempat kerja kerana tidak cukup tidur.

Kisah kedua : Isteri aku bangun tidur sebelah pagi dan didapati ada kesan lebam sepeti bekas gigitan disekeliling betis kaki kirinya. Semenjak itu, kaki kirinya terasa lenguh setiap malam sehingga ke paras pinggang.

Kisah ketiga : Pada suatu petang , tepat jam 5 petang  hari khamis. Sedang isteri aku membuat kerja didapur, dia terdengar kelibat aku bermain dengan anak kedua aku Irfan Hafiy, sedangkan pada ketika itu aku masih ditempat kerja. Aku nampak isteri aku terpinga-pinga waktu aku balik kerja jam 5.40 petang. Siang pon boleh kacau tu..

Ada lagi beberapa kisah yang tidak dapat aku ceritakan. Apapun aku sedang berusaha dan akan berusaha sehingga rumah ini ’bersih’ daripada gangguan . Kerana apa? Sebab aku dah sign perjanjian jual beli dengan buyer yang berminat untuk membeli rumah ini. Aku tak nak nanti client aku rasa teraniaya kerana mendapat rumah ‘berpenghuni’ ni. InshaAllah bila kita permudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.

Sekian..Wassalam.

No comments:

Post a Comment